Latar belakang Zamri Hashim

Zamri dilahirkan pada 14 September 1971 di Sungai Sumun, Bagan Datuk, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Khir Johari (1978-1983), SMK Agama Perak (1984-1986) dan SMA Persekutuan Labu, Negeri Sembilan (1987-1988). Beliau menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di SM Raja Perempuan Taayah pada 1989, sebelum melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di Universiti al-Azhar, Mesir sehingga 1994. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya sehingga 2011. Beliau turut mengambil Sijil Kursus Khas Pegawai Hal Ehwal Islam di London pada 2013.[4]